CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, January 29, 2009

Gadis Cuci di Astro Ria

LayaRIA mempersembahkan Gadis Cuci tentang 4 gadis bertekad menjadi tukang cuci. Lakonan Fara Fauzana, Nora Danish, Anne Ngasri dan Darling Ngasri, .Nora Danish dan Ryzal (memegang watak jahat) turut berlakon sebagai penampilan istimewa dalam telefilem yang akan disiarkan di Astro Ria Januari tahun hadapan.




Gadis Cuci adalah hasil arahan Zek Zukry yang juga projek pilot Nasreen Pictures Sdn Bhd.

Nora pernah cakap, “Terus terang saya katakan saya seronok melakonkan watak Nasha, apatah lagi bergandingan dengan pelakon berbakat besar seperti Darling, Anne Ngasri dan Fara Fauzana yang cukup selamba.

“Lebih menarik lagi, kami semua bekerja sebagai gadis cuci kereta dan bayangkanlah aksi dan gelagat kami berempat nanti. Saya yakin ada yang ‘pecah perut’ menontonnya.”


So, sesiapa yang minat drama melayu boleh tonton di Slot Layaria (Astro Ria -channel 104).. dan akan mula ditayang kepada umum bermula 9 Februari 2009 , setiap ISNIN pada pkul 9 malam...

p/s: Erry pon ade dlm citer nie.. jom tgk !!!

Tuesday, January 27, 2009

Eee.. Hantu



GENRE filem seram termasuklah komedi seram nyata semakin mendapat tempat di hati penonton dan pengikut filem tempatan. Pontianak Menjerit, Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, Zombie Kampung Pisang, Jangan Pandang Belakang, Congkak, Anak dan terkini, Histeria antara beberapa judul yang sudah pun menjengah panggung sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Menyedari sambutan memberangsangkan terhadap filem bergenre seram, komedi dan suspen, MRE Network Alliance (M) Sdn Bhd, buat pertama kalinya mengambil inisiatif membelanjakan RM1.7 juta untuk menerbitkan filem berjudul Eee... Hantu! yang sudah pun siap penggambarannya, baru-baru ini.

Pengarah Urusan MRE Network Alliance (M) Sdn Bhd, Datuk Mohd Rosdi Shair berkata, biarpun ini adalah pengalaman pertama bukan saja dalam menerbitkan filem tetapi juga pengalaman bekerjasama dengan sutradara Majeed Salleh, namun pihaknya berasa begitu yakin dan selesa dengan komitmen dan kesungguhan ditunjukkan Majeed sejak draf awal skrip ini kepada posproduksi filem ini lagi.

Keyakinan kami terletak pada komitmen, kesungguhan, kerjasama dan idea yang kami kongsi sejak projek filem ini dicadangkan sekitar 2007 lalu. Walaupun ia filem kedua Majeed dan genre komedi seram pertama buatnya, namun perincian yang diberikan sejak dari awal lagi membabitkan jalan cerita, lakon layar, teknikal dan pengurusan keseluruhan perjalanan Eee...Hantu! banyak membantu kelancaran pembikinan filem ini,” katanya pada majlis pelancaran filem berkenaan di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Bagi Majeed yang masih dalam debaran menanti tayangan filem sulungnya, Lembing Awang Pulang Ke Dayang tahun ini, dia tidak menafikan melalui banyak dugaan dan halangan sewaktu penggambaran Eee...Hantu! bermula sekitar Disember 2007 lalu.

Disebabkan menghadapi masalah dana, kami terpaksa menangguhkan seketika penggambaran filem ini dan menyambung semula sekitar Ogos 2008 sehinggalah ia siap sepenuhnya 5 September 2008 yang lalu,” katanya yang memilih lokasi sekitar Janda Baik, Pahang, Ulu Yam dan Hulu Langat serta sekitar lebuh raya selatan dan Tangkak, Johor.

Apa yang lebih menarik, 40 peratus filem ini menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) manakala selebihnya kesan khas dan jalan cerita yang digarap dalam konsep empat cerita dalam satu filem. Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap kewujudan amalan susuk, toyol, pontianak, hantu raya juga suasana masyarakat Melayu era 60-an turut diselitkan.

Saya hanya mahu jual cerita, bukan pelakon. Saya tidak bimbang mengenai ketiadaan muka popular dalam filem ini tetapi idea untuk mengambil artis Indonesia hanya muncul ketika Datuk Mohd Rosdi berkunjung ke sana. Mula-mula memang kami tidak terfikir tetapi atas dasar untuk menembusi pasaran filem Indonesia, tiada salahnya mencuba,” katanya yang pada mulanya cuba mendapatkan Luna Maya dan Bunga Citra Lestari malangnya gagal kerana terikat dengan komitmen lain.

Akhirnya, produksi berkenaan berjaya mendapatkan khidmat Tessa Mariska dan Dea Lestari - dua artis Indonesia yang semakin meningkat naik dalam karier nyanyian dangdut dan lakonan sinetron.

Meletakkan sasaran pungutan RM7 juta, Majeed berasakan ia bukan sekadar angan-angan yang tidak mungkin berjaya digapai.

Kita perlu meletak sasaran tinggi, kalau boleh kurang lebih RM7 juta, tapi harus diingat kita tidak boleh berharap pada kutipan di panggung saja, ia termasuklah jualan VCD<>,” katanya. Filem yang bakal menjengah panggung sekitar Mei ini dibintangi ramai selebriti terkenal seperti Nabil Raja Lawak, Munir Phyne Ballerz, Linda Hashim, Zila Bakarin, Nadia Kesuma, Airis Yasmin, Dian P Ramlee, Tessa Mariska (Indonesia), Dea Lestari (Indonesia), Maideen, S Shamsudin, Ashraf Sinclair, Raja Farah, Ery Putra, Ruminah Sidek, S Azli, Latif Borgiba, Fathil Ghani, Agalak, KZ (KLFM) dan Chik (Pak Man Telo).

Erry Putra Kumpul Duit Buat Album

TEMPIAS gosip tidak pernah terlepas daripada diri Erry Putra apabila dikaitkan bermasam muka dengan pelakon Ady Putra sedangkan hubungan mereka baik dan tidak pernah bermasalah selama ini. Malah lebih menyakitkan lagi apabila pelakon Manjalara dan Sutera Maya itu dituduh cuba bersaing dengan Ady.

Bukan itu saja, gara-gara nama mereka yang hampir serupa juga ada pihak cuba melaga-lagakan Erry dan Ady. Bagaimanapun, Erry tak pernah ambil peduli dengan tempias gosip yang boleh merosakkan hubungannya dengan Ady. Dirinya juga sudah semakin faham dengan rencah dunia hiburan.


Dengan nada perlahan, Erry mengakui: “Saya kesal ada pihak cuba melaga-lagakan saya dengan Ady sedangkan hubungan kami tak pernah bermasalah. Nasiblah Ady juga profesional dan tidak ambil pusing dengan cakap-cakap orang yang mahu merosakkan hubungan kami.

Saya tak nafikan timbul masalah apabila orang kerap tersalah anggap pada saya. Mereka ingat saya adalah Ady Putra kerana nama kami hampir serupa. Bagaimanapun, saya percaya masing-masing ada kelebihan dan kekuatan tersendiri dan saya akui Ady lebih popular daripada saya walaupun kalau ikutkan saya terlebih dulu muncul dalam dunia persada seni.

“Bagaimanapun, saya tak dapat terima jika ada yang mengaitkan saya cuba menumpang populariti Ady sedangkan selama ini, saya bersusah payah untuk berada pada tahap sekarang. Alhamdullilah, saya makin diterima selepas tak putus-putus menerima tawaran berlakon sejak tahun lalu,” kata anak kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan itu.

Erry sebelum ini pernah mencipta nama dalam persada seni sebagai penyanyi apabila muncul bersama kumpulan Boyz `R' Us pada 1999. Bagaimanapun, selepas kontrak mereka tamat pada 2001, anggota kumpulan dance itu berpecah dan membawa haluan masing-masing. Erry pula menyepikan diri selama dua tahun sebelum muncul sebagai pelakon dan membintangi drama Rindu Berbisik.

Akuinya, kalau ikutkan hati, dirinya sudah malas untuk terus membabitkan diri dalam dunia hiburan. Lagipun ketika itu, dia memakai pendakap gigi, jadi kelihatan agak tak menyenangkan.

“Bagaimanapun selepas mendapat tawaran demi tawaran, saya terfikir balik kenapa saya nak lepaskan peluang keemasan ini, mungkin rezeki saya bukan dalam bidang nyanyian. Saya tak sangka nama saya semakin dikenali apabila membintangi drama hebat seperti Manjalara, Saka, Dendam, Sutera Maya dan macam-macam lagi.

“Kini saya semakin selesa bergelar pelakon walaupun jauh di sudut hati saya masih merindui bidang nyanyian. Saya juga menceburi bidang lakonan kerana mahu mengumpul duit bagi menghasilkan album sendiri. Saya faham dengan keadaan ekonomi hari ini, syarikat rakaman tidak lagi mengeluarkan album baru, jadi biarlah saya ambil inisiatif sendiri demi memuaskan hati saya,” kata bekas penuntut Royal Military College itu.

Erry atau nama sebenarnya, Eirey Syafiq @ Razlan Hamzah, 28, akui buat permulaan, dia sudah merakam dua single iaitu Lagu Cintaku ciptaan Zul 2 By 2 dan lirik oleh Sofaz serta Izinkan Aku (Zul 2 By 2/Erry). Dia juga menjangkakan akan memasuki studio bagi rakaman dua lagu lagi dalam masa terdekat ini.

“Tak mungkin saya lupakan dunia nyanyian walaupun sudah hampir sepuluh tahun tidak mempunyai album. Dua single saya itu juga menjadi lagu tema drama bersiri Sutera Maya. Saya berterima kasih kepada pengarah, Khabir Bhatia yang memberikan ruang dan peluang mempopularkan dua single saya terlebih dulu.

“Saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika ini, tak sabar mahu menyanyi seperti dulu. Bagaimanapun, banyak perkara perlu dipelajari, maklumlah dulu bersama kumpulan sekarang bergerak solo,” katanya.

Profil Erry

Nama: Eirey Shafiq @ Razlan Hamzah

Umur: 28 Tahun

Asal: Pengkalan Cepa, Kelantan

Pendidikan: Royal Military College

Kerjaya: Penyanyi dan pelakon

Album: Kasih Ku Abadi (Boyz `R' Us)

Drama: Rindu Berbisik, Rinduku Semerbak Kayu Manis, Sepi Itu Jiwa, Manjalara, Saka, Dendam, Sutera Maya

Filem: Bicara Hati, Selamat Pagi Cinta, eee...Hantu

Monday, January 19, 2009

At Istana Budaya (17.01.09)

majlis bermula pkol 9 malam... di hoskan oleh Erry Putra... ok lar tengok Erry Putra jadi emcee.. hehheeh.. banyak gak artis yang adew.. antaranya Anissa Amir, Erna, Shamini, Nick dan Band D7.. huhuhu.... acara mula dengan persembahan dari Band D7....diikuti dengan Anissa Amir... Shamini, Nick, Erna dan Erry Putra. dan diselang seli dengan persembahan tarian oleh penari Istana Budaya... memang besh,... ade lagu industan.... ade lagu cina... and paling best meraikan hari jadi Uncle Rosnan yang ke-37 tahun.

warung-warung makanan turut ade disana untuk santapan semua.... sambil berhibur... sambil makan... memang nikmat... ok.. back story pasal show.. mulanya Shajirry datang sekadar menonton persembahan teman-teman artis.... tapi lain pula jadi bila Erry meminta beliau berduet bersamanye.... haaa... Taring Shajirry masih berbisa apabila menyanyikan lagu popular kumpulannya dahulu betajuk Hadirlah Kasih bersama-sama Erry Putra... well lagu berhantu.. ramai ler tau...

selain Hadirlah Kasih.. Erry turut menyanyikan lagu Izinkan Aku dan Cintaku.... haaa... jarang skali Erry bawa lagu Cintaku.... so.. kira bertuah la korunk yang ada kat sne....

hmmm 31 nie show Shajiry pulak disana... jom la kite enjoy....

Monday, January 12, 2009

Erry Putra Di Istana Budaya

To All Fans Yang Duduk Kuala Lumpur & Kawasan Sewaktu Dengannya..

Erry Putra dan beberapa orang artis akan mengadakan persembahan di ISTANA BUDAYA

pada 17 Januari 2009 (Sabtu)

pukul 9-11 Malam

Masok Percuma

Datang ye.... Kalau Boleh dtg awl sedikit...

Thursday, January 8, 2009

Erry Di Upm,Serdang 10 jan

Erry Putra Di UPM, Serdang
Pkol 3-5pm
sabtu (10 jan)
kalau ade yang free.. meh la turun

Sunday, January 4, 2009

Erry Kuar Melodi tadi?

Tdi sury ade tgk Erry putra n raja farah dkt Melodi menyatakan bayaran payment utk filem eee..hantu Erry hanya mendapat 10%..manakala Raja Farah x dpt pape..nak tgk..Layarilah http://www.tv3.com.my
tgk part 2..selamat menonton:)

Friday, January 2, 2009

Erry Di Tv2

hehe..Sury tertengok iklan at tv2..pda hari sabtu ni bersamaan 3.03.09 pda kul 10 ade satu cerita tu..tajuk die Cinta Sitiga Teruna..Dgr kate erry jadi lembut lgi..hahha..Klu rindukan Erry Putra tgk la..:)..Selamat Menonton..Enjoy kayh!!