CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, April 12, 2009

new Logo launch

ok x kalau kita gunakan logo ni... sebagai official logo for erry putra fc?

wut do u think.. hit me some comments k !!


Sinopsis Pendek Akasia Matahari berdasarkan TV3.com.my

Sinopsis in berdasarkan http://www.tv3.com.my...


Sinopsis pendek:

MATAHARI

Matahari merupakan kisah seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragis Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri. Apakah kesudahan kisah sendu Matahari?

Friday, April 10, 2009

Erry Putra Bkn pelajar RMC ??



MINGGU lalu, B*Pop menyiarkan cerita mengenai pelakon Erry Putra. Bagaimanapun kenyataannya yang mengaku sebagai bekas pelajar Royal Military College (RMC) rupa-rupanya tidak disenangi Jawatankuasa Bekas Putera RMC.


Wakil Jawatankuasa Bekas Putera RMC, Amirruddin Amidon yangmenghantar e-mel kepada Raja meminta Erry atau nama sebenarnya, EireySyafiq @ Razlan Hamzah membuat penjelasan lanjut kerana namanya tiada dalam senarai penuntut sepanjang 1994 hingga 1998.

image Amiruddin berkata, RMC adalah antara sekolah elit di Malaysia dan melahirkan ramai pemimpin negara serta golongan artis seperti Nazril Idrus, AC Mizal dan Ashraf Muslim yang belajar pada tahun sama dengan mereka.

“Hubungan bekas penuntut RMC bagaikan adik beradik. Hanya 103 penuntut dipilih pada 15 Disember 1994 dan hanya 77 penuntut yang tamat pengajian pada 1998. Kehidupan kami di RMC sukar dan mencabar. Kami berkorban masa remaja demi menyahut cabaran dengan rasa tanggungjawab. Kami terkilan apabila ada insan yang tidak dikenali mengaku sama angkatan dengan kami, sedangkan kami tidak mengenalinya.

“Saya berharap pada masa akan datang tiada lagi artis yang tidak bertanggungjawab mengaku menuntut di sekolah elit semata-mata mahumenunjuk kehebatan. Erry sudah mencalarkan perasaan penuntut yang bersusah payah berusaha untuk mendapatkan status itu. Saya berharap Erry dapat menjelaskan status persekolahannya secara terbuka,” katanya.

Raja rasa mungkin timbul salah faham, jadi Raja akan cuba dapat penjelasan Erry minggu depan.

Bunian - Mahkota Seri Helang

Ramai yang ketawa terbahak-bahak apabila pengarah Zaharil Izham Zainon,36, mahu mengarahkan sebuah filem fantasi, Bunian - Mahkota Seri Helang. Mereka tergelak bukan kerana tajuk itu tetapi selepas membaca kenyataan beliau sebelum ini yang mendakwa telah berkomunikasi dengan orang bunian untuk mendapat gambaran mengenai alam itu.



Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada bulan ini membariskan pelakon seperti Nasha Aziz, Rusdi Ramli, Mimi Rahzia, Ridzuan Hashim, Beego, Erry Putra dan Maimon Talib.





Ia diterbitkan oleh Fantasy Filem hasil olahan skrip yang diilhamkan oleh komposer Adnan Abu Hassan.

Bertempat di sebuah bukit di Taman Melati, Kuala Lumpur, Zaharil atau dipanggil Jantan bersama seorang bomoh dari Johor berpeluang melawat perkampungan bunian dan bersembang dengan “tok penghulu” kampung itu untuk menyampaikan hajat menerbitkan filem tersebut.





pelakon utama : nasha, rusdi ramli & mimi
“Orang bunian itu tak menghalang pembikinan filem ini tetapi ada syarat-syarat tertentu,” katanya ketika dihubungi malam Khamis lalu.

Dalam masa yang sama ujar Zaharil ketika memasuki kampung bunian itu, dia dapat melihat gadis cantik serta lelaki kacak tetapi tidak dibenarkan menjawab salam mereka melainkan didalam hati.

“Kalau saya jawab, tok bomoh yang bawa saya kata saya tak boleh kembali ke alam nyata,” ujarnya kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH.

Dek kerana kenyataan beliau itu, Zaharil turut dipersenda kononnya dia sudah gila. Ikuti kenyataan beliau.

Sebelum saya nak ajukan soalan yang panas, boleh cerita sikit bagaimana dapat idea mengarahkan filem belanja RM3.5 juta ini?

Kisahnya tiga tahun lalu. Masa itu Adnan Abu Hassan ada bagi tahu dia ada sinopsis cerita bunian. Saya suruh dia siapkan sinopsis dulu dan kami serahkan kepada penulis skrip Shafiuddin Shariff untuk membuat rombakan. Selepas tiga, empat kali rombak, akhirnya siaplah filem ini.

Dalam industri perfileman nama Zaharil tidak dikenali langsung. Ada orang mempertikaikan pengalaman Zaharil. Bagaimana?

Memang ini filem pertama arahan saya. Tapi sebelum ni saya dah mengarah kira-kira 15 buah drama dah. Sebelum ini saya juruteknik di TV3, lepas itu jadi jurukamera. Selepas berhenti TV3, saya buat kerja sambilan dalam bidang produksi sehinggalah saya mahu mengarah filem ini.

RM3.5 juta itu banyak kenapa belanja filem ini tinggi sangat?

Ya... memang tinggi. Bukan senang nak buat filem bunian. Sebanyak 15 peratus penggambaran melibatkan suasana di alam nyata manakala 85 peratus lagi suasana alam bunian. Penggambaran dilakukan di sebuah rumah lama yang diubah suai. Kami turut gali kawasan depan rumah itu untuk buat sungai dan juga menempatkan sebuah kapal. Tak termasuk dengan pakaian, imej bunian dan macam-macam kesan khas yang akan digunakan. Sebab itu kos filem ini tinggi.

Apa watak yang akan ada dalam alam bunian untuk filem ini nanti?

Kita akan dapat lihat puteri bunian yang cantik orangnya. Ada juga tiga makhluk bersayap termasuk pelesit yang mukanya hodoh. Dalam masa yang sama ada empat kaum bunian iaitu kaum Mondo yang berwajah hodoh, kaum Huqni (kerdil), Miraun (berbadan sasa) dan Al-Himmah (ulama bunian). Begitulah gambarannya.

Nak buat kajian sampai masuk ke alam bunian? Ada pula orang nak bawa masuk itu? Apa cerita sebenarnya ni?

Satu hari saya pergi makan di Pandan Indah. Tiba-tiba ada budak-budak di situ bercerita kalau nak tengok bunian boleh jumpa seorang bomoh dari Johor. Kebetulan saya nak buat filem ni, saya pun terus berhubung dengan bomoh itu. Dia pun bersetuju nak bawa saya jumpa tok penghulu bunian. Saya pun ikutlah.

Senang nak masuk alam bunian?

Susah juga. Saya kena puasa tujuh hari berturut-turut. Buka puasa hanya boleh minum air dan makan buah saja.

Boleh Zaharil cerita sikit proses nak masuk alam dia orang tu?

Saya dengan bomoh tersebut berada di bukit dekat Taman Melati tu kira-kira pukul 1 pagi. Bomoh tu pesan suruh saya duduk diam-diam dan pejam mata. Bila saya buka mata, nampak satu perkampungan. Bila pandang belakang nampak hutan. Bomoh itu suruh saya langkah kaki kanan. Kaki kanan tu sebenarnya dah di alam bunian sementara kaki kiri masih alam nyata. Bila dua belah kaki langkah sempadan tu, terus kelihatan keseluruhan kampung bunian. Di alam nyata malam tapi di alam dia orang siang.

Apa perbezaan bunian dan manusia?

Kampung bunian yang saya pergi itu orangnya alim-alim. Perempuan bertudung semuanya. Dia orang bercakap macam kita tapi bahasa baku sikit. Bezanya dia orang tak ada lekuk di bawah hidung. Dia orang jamu kami makan goreng pisang. Besar pisang dia. Rasa tak manis dan tak tawar. Air teh pula tak macam teh kita. Lain sikit. Saya rasa masuk sana 45 minit tapi rupa-rupanya dah dekat empat, lima jam. Jam tangan tak boleh bawa masuk. Itu syaratnya.

Ada pantang larang?

Ada. Kita tak boleh pergi dekat orang bunian tu jika dipanggil. Kalau ada yang bagi salam pun tak boleh jawab sebab takut nanti kita tak boleh keluar ke alam nyata. Jawab pun dalam hati saja. Saya cuma angkat tangan jika ada orang bagi salam.

Dengar cerita macam tak logik tapi yalah, setiap orang ada persepsi sendiri. Ada yang kata ini semua taktik Zaharil nak "letupkan" filem ni!

Saya cakap memang orang tak percaya pun. Macam nilah. Bila orang cerita kisah manusia kena rasuk hantu syaitan, kita percaya tak? Bila cerita tak percaya tapi bila kita terkena barulah kita rasa. Lepas ni kalau ada orang nak tipu saya pasal bunian saya dah tahu semuanya. Tak boleh nak kelentong lagi sebab saya dah masuk dan rasai alam dia.

Orang putih buat filem, dia orang mengkaji dari sudut lain. Lord of The Ring, Harry Porter, Jurassic Park adalah filem fantasi yang dikaji dulu. Dia orang tak perlu masuk alam itu pun nak buat filem tersebut?

Mat salih nak buat kajian, dia orang ada kelengkapan dan teknik. Kita kalau nak kaji harapkan buku panduan. Pada hal buku-buku itu semua dikaji oleh orang luar. Saya masuk dalam alam itu adalah salah satu kajian sayalah.

Ada tak orang kata Zaharil ni gila. Yalah, benda yang tak dibuat orang.

Ada juga. Tapi saya satu saja. Ia adalah pandangan individu. Nak percaya, percayalah. Tak percaya, nak buat macam mana? Saya nak masuk lagi alam bunian itu lepas ini. Kalau ada wartawan yang nak ikut, jom la.

Apa syarat orang bunian tu bagi nak siapkan filem ni?

Mereka minta supaya kami tak persendakan alam bunian. Ustaz di kampung bunian tu juga suruh buat pulut kuning dan doa selamat. Letakkan pulut tu kira-kira 50 meter atau 100 meter dari lokasi penggambaran. "Jamuan" tu kena buat seminggu sekali sampai habis penggambaran sebab takut berlaku benda yang tak baik. Itu sajalah.

Sinopsis Matahari

KISAH tragik wanita yang memburu cinta sejati kerana kecundang dalam cinta pertama adalah paparan menarik dalam drama bersiri 44 episod, Matahari yang akan menemui penonton menerusi slot Akasia TV3.

Matahari adalah kisah wanita kampung yang naif dan terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya sehingga bertukar menjadi wanita yang penuh berketrampilan. Bersandarkan kekuatan dan kebijaksanaannya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi mencapai semua keinginannya.

Drama ini terbitan Pena Kreatif Sdn Bhd menampilkan sentuhan pengarah berpengalaman, Mohd Feroz Abdul Kadir Saheb.

Selaku pengarah, Mohd Feroz berkata, selain menampilkan nama besar, kekuatan Matahari adalah dari segi jalan ceritanya.

"Kisah ini penuh dengan konflik dan ada kelainan yang menepati cita rasa penonton tempatan. Banyak elemen menarik dalam cerita ini yang boleh menarik perhatian penonton.

"Mungkin orang menganggap cerita gadis kampung memburu impian di bandar ini klise tetapi saya yakin cara kita menggarap cerita ini ada kelainan daripada yang pernah dipaparkan sebelum ini.

"Apa yang menarik, penonton berpeluang melihat perubahan karakter Matahari lakonan Lis Dawati yang berubah dari gadis kampung kepada lebih berketrampilan di bandar," katanya ketika ditemui dalam majlis ramah mesra bersama pelakon tiga drama untuk TV3, baru-baru ini.

Mohd Feroz berkata, semua pelakon memberikan komitmen terbaik mereka dalam drama itu. Penggambaran drama ini membabitkan tempoh lebih empat bulan.

"Setakat ini sebanyak 12 episod sudah siap dan dijangka penggambaran drama ini akan selesai pada Mei nanti," katanya.

Selain Matahari untuk slot Akasia, turut diperkenalkan barisan pelakon untuk slot Lagenda, Julia Juli dan slot Sinetron, Upik Abu & Laura. Hadir sama, Penerbit Pena Kreatif, Ziela Jalil.



Sementara itu penulis skrip drama Matahari, Jumal Yunus berkata, dia menafikan cerita Matahari adalah adaptasi dari cerita drama bersiri Thailand, E'Pring.


Katanya, hanya konsep cerita Matahari yang mengisahkan perempuan mencari cinta mempunyai sedikit persamaan dengan E' Pring.

"Mungkin ia hanya secara kebetulan saja ada sedikit persamaan dengan cerita itu. Sebenarnya, penerbit cerita ini, Ziela yang beritahu saya cerita Matahari ada sedikit persamaan dengan E'Pring. Hakikatnya, saya sendiri tidak pernah menonton cerita berkenaan," katanya.

Tambah Jumal, dia juga mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan skrip Matahari dan menafikan menceduk dari cerita orang lain kerana ia hanyalah imaginasinya semata-mata," katanya.

Drama bersiri Matahari menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Lis Dawati Nazaruddin, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Shukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Norkhiriah.

Matahari mula menemui penonton slot Akasia TV3 bermula 30 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.