CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 27, 2009

Eee.. Hantu



GENRE filem seram termasuklah komedi seram nyata semakin mendapat tempat di hati penonton dan pengikut filem tempatan. Pontianak Menjerit, Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, Zombie Kampung Pisang, Jangan Pandang Belakang, Congkak, Anak dan terkini, Histeria antara beberapa judul yang sudah pun menjengah panggung sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Menyedari sambutan memberangsangkan terhadap filem bergenre seram, komedi dan suspen, MRE Network Alliance (M) Sdn Bhd, buat pertama kalinya mengambil inisiatif membelanjakan RM1.7 juta untuk menerbitkan filem berjudul Eee... Hantu! yang sudah pun siap penggambarannya, baru-baru ini.

Pengarah Urusan MRE Network Alliance (M) Sdn Bhd, Datuk Mohd Rosdi Shair berkata, biarpun ini adalah pengalaman pertama bukan saja dalam menerbitkan filem tetapi juga pengalaman bekerjasama dengan sutradara Majeed Salleh, namun pihaknya berasa begitu yakin dan selesa dengan komitmen dan kesungguhan ditunjukkan Majeed sejak draf awal skrip ini kepada posproduksi filem ini lagi.

Keyakinan kami terletak pada komitmen, kesungguhan, kerjasama dan idea yang kami kongsi sejak projek filem ini dicadangkan sekitar 2007 lalu. Walaupun ia filem kedua Majeed dan genre komedi seram pertama buatnya, namun perincian yang diberikan sejak dari awal lagi membabitkan jalan cerita, lakon layar, teknikal dan pengurusan keseluruhan perjalanan Eee...Hantu! banyak membantu kelancaran pembikinan filem ini,” katanya pada majlis pelancaran filem berkenaan di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Bagi Majeed yang masih dalam debaran menanti tayangan filem sulungnya, Lembing Awang Pulang Ke Dayang tahun ini, dia tidak menafikan melalui banyak dugaan dan halangan sewaktu penggambaran Eee...Hantu! bermula sekitar Disember 2007 lalu.

Disebabkan menghadapi masalah dana, kami terpaksa menangguhkan seketika penggambaran filem ini dan menyambung semula sekitar Ogos 2008 sehinggalah ia siap sepenuhnya 5 September 2008 yang lalu,” katanya yang memilih lokasi sekitar Janda Baik, Pahang, Ulu Yam dan Hulu Langat serta sekitar lebuh raya selatan dan Tangkak, Johor.

Apa yang lebih menarik, 40 peratus filem ini menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) manakala selebihnya kesan khas dan jalan cerita yang digarap dalam konsep empat cerita dalam satu filem. Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap kewujudan amalan susuk, toyol, pontianak, hantu raya juga suasana masyarakat Melayu era 60-an turut diselitkan.

Saya hanya mahu jual cerita, bukan pelakon. Saya tidak bimbang mengenai ketiadaan muka popular dalam filem ini tetapi idea untuk mengambil artis Indonesia hanya muncul ketika Datuk Mohd Rosdi berkunjung ke sana. Mula-mula memang kami tidak terfikir tetapi atas dasar untuk menembusi pasaran filem Indonesia, tiada salahnya mencuba,” katanya yang pada mulanya cuba mendapatkan Luna Maya dan Bunga Citra Lestari malangnya gagal kerana terikat dengan komitmen lain.

Akhirnya, produksi berkenaan berjaya mendapatkan khidmat Tessa Mariska dan Dea Lestari - dua artis Indonesia yang semakin meningkat naik dalam karier nyanyian dangdut dan lakonan sinetron.

Meletakkan sasaran pungutan RM7 juta, Majeed berasakan ia bukan sekadar angan-angan yang tidak mungkin berjaya digapai.

Kita perlu meletak sasaran tinggi, kalau boleh kurang lebih RM7 juta, tapi harus diingat kita tidak boleh berharap pada kutipan di panggung saja, ia termasuklah jualan VCD<>,” katanya. Filem yang bakal menjengah panggung sekitar Mei ini dibintangi ramai selebriti terkenal seperti Nabil Raja Lawak, Munir Phyne Ballerz, Linda Hashim, Zila Bakarin, Nadia Kesuma, Airis Yasmin, Dian P Ramlee, Tessa Mariska (Indonesia), Dea Lestari (Indonesia), Maideen, S Shamsudin, Ashraf Sinclair, Raja Farah, Ery Putra, Ruminah Sidek, S Azli, Latif Borgiba, Fathil Ghani, Agalak, KZ (KLFM) dan Chik (Pak Man Telo).

0 comments: